Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.
Cinta adalah santapan
jiwa. Jiwa tanpa cinta
bagai rumah yang
kosong. Cinta tanpa
menjiwai bagai layang-
layang putus tali.
Cintu adalah buta…cinta
tidak mengenal usia,
paras rupa, mahupun
kekayaan dan harta
karun, tetapi dari
keikhlasan dari hati
setiap insan antara satu
sama lain.
Tidak semua orang yang
engkau cintai,
mencintaimu dan sikap
ramahmu kadang kala
dibalas dengan sikap
tidak sopan. Jika cinta
suci tidak datang
daripada tabiatnya,
maka tidak ada gunanya
cinta yang dibuat-buat.
Sayang tidak bermaksud
cinta. Suka tidak serasi
dengan cinta. Kagum
tidak bererti cinta.
Bangga tidak semestinya
cinta. Cinta adalah
CINTA .
Cinta itu seperti sinar
matahari, memberi
TANPA mengharap
kembali. Cinta itu seperti
sinar matahari, TIDAK
MEMILIH siapa yang ia
sinari. Cinta itu seperti
sinar matahari yang
MEMBERI KEHANGATAN
DI HATI..
Cinta umpama ‘treasure
hunt’. Cita cita dan
tujuan kita satu untuk
menuju ke penamat yang
paling mengembirakan.
Namun di dalam
perjalanan kita akan
menghadapi pelbagai
rintangan dan cabaran.
Andainya tidak mampu
meneruskan, kita akan
tersungkur dan hadiah
utamanya akan di kebas
oang lain. Tetapi tak
usahlah kecewa.
Walaupun hadiahnya
tidak kita perolehi,
tetapi keseronokannya
kita sudah rasa. Jadi
bercintalahsepenuh hati.
Namun janganletakkan
harapan terlalu tinggi.
Kekecewaan terlalu
pahit untuk ditelan,
terlalu payah untuk
dilupakan namun dalam
cinta pasti akan merasai
kecewa dan
dikecewakan walau
bukan itu matlamat
dalam setiap percintaan.
Kadangkala orang yang
paling mencintaimu
adalah orang yang tak
pernah menyatakan
cintanya padamu kerana
orang itu takut kau
berpaling dan
menjauhinya. Dan bila
dia suatu masa hilang
dari pandanganmu ….kau
akan menyedari dia
adalah cinta yang tidak
pernah kau sedari ….
Cinta suatu yang indah,
cinta boleh buat kita
gundah, cinta buat hati
berdarah dan cinta jua
boleh membawa kesalan
yang tak sudah.
kata mutiara, kata- kata bijak, kata-kata cinta
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar