Hudzaifah bin As-yad al-
Ghifary berkata, sewaktu
kami sedang berbincang,
tiba-tiba datang Nabi
Muhammad S.A.W
kepada kami lalu
bertanya, "Apakah yang
kamu semua sedang
bincangkan.?"
Lalu kami menjawab,
"Kami sedang
membincangkan tentang
hari Kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W.
"Sesungguhnya kiamat
itu tidak akan terjadi
sebelum kamu melihat
sepuluh tanda :
· Asap
· Dajjal
· Binatang melata di
bumi
· Terbitnya matahari
sebelah barat
· Turunnya Nabi Isa A.S
· Keluarnya Yakjuj dan
Makjuj
· Gerhana di timur
· Gerhana di barat
· Gerhana di jazirah Arab
· Keluarnya api dari kota
Yaman menghalau
manusia ke tempat
pengiringan mereka.
Ket,
.Dajjal maksudnya ialah
bahaya besar yang tidak
ada bahaya sepertinya
sejak Nabi Adam A.S
sampai hari kiamat.
Dajjal boleh membuat
apa saja perkara-perkara
yang luar biasa. Dia akan
mendakwa dirinya
Tuhan, sebelah matanya
buta dan di antara kedua
matanya tertulis
perkataan 'Ini adalah
orang kafir'.
Asap akan memenuhi
timur dan barat, ia akan
berlaku selama 40 hari.
Apabila orang yang
beriman terkena asap
itu, ia akan bersin
seperti terkena selsema,
sementara orang kafir
pula keadaannya seperti
orang mabuk, asap akan
keluar dari hidung,
telinga dan dubur
mereka.
.Binatang melata yang
dikenali sebagai Dabatul
Ard ini akan keluar di
kota Mekah dekat
gunung Shafa, ia akan
berbicara dengan kata-
kata yang fasih dan jelas.
Dabatul Ard ini akan
membawa tongkat Nabi
Musa A.S dan cincin Nabi
Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini
memukulkan tongkatnya
ke dahi orang yang
beriman, maka akan
tertulislah di dahi orang
itu 'Ini adalah orang yang
beriman'. Apabila
tongkat itu dipukul ke
dahi orang yang kafir,
maka akan tertulislah
'Ini adalah orang kafir'.
.Turunnya Nabi Isa. A.S di
negeri Syam di menara
putih, beliau akan
membunuh dajjal.
Kemudian Nabi Isa A.S
akan menjalankan
syariat Nabi Muhammad
S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj pula
akan keluar, mereka ini
merupakan dua
golongan. Satu golongan
kecil dan satu lagi
golongan besar. Yakjuj
dan Makjuj itu kini
berada di belakang
bendungan yang
dibangunkan oleh
Iskandar Zulqarnain.
Apabila keluarnya
mereka ini, bilangannya
tidak terhitung
banyaknya, sehingga
kalau air laut Thahatiah
diminum nescaya tidak
akan tinggal walau pun
setitik.
.Rasulullah S.A.W telah
bersabda, " Hari kiamat
itu mempunyai tanda,
bermulanya dengan tidak
laris jualan di pasar,
sedikit saja hujan dan
begitu juga dengan
tumbuh-tumbuhan.
Ghibah menjadi-jadi di
merata-rata, memakan
riba, banyaknya anak-
anak zina, orang kaya
diagung-agungkan,
orang-orang fasik akan
bersuara lantang di
masjid, para ahli
mungkar lebih banyak
menonjol dari ahli haq"
Berkata Ali bin Abi Talib,
Akan datag di suatu
masa di mana Islam itu
hanya akan tinggal
namanya saja, agama
hanya bentuk saja, Al-
Qur'an hanya dijadikan
bacaan saja, mereka
mendirikan masjid,
sedangkan masjid itu
sunyi dari zikir menyebut
Asma Allah. Orang-orang
yang paling buruk pada
zaman itu ialah para
ulama, dari mereka akan
timbul fitnah dan fitnah
itu akan kembali kepada
mereka juga. Dan
kesemua yang tersebut
adalah tanda-tanda hari
kiamat."
.Sabda Rasulullah S.A.W,
"Apabila harta orang
kafir yang dihalalkan
tanpa perang yang
dijadikan pembahagian
bergilir, amanat
dijadikan seperti harta
rampasan, zakat
dijadikan seperti
pinjaman, belajar lain
daripada agama, orang
lelaki taat kepada
isterinya, menderhakai
ibunya, lebih rapat
dengan teman dan
menjauhkan ayahnya,
suara-suara lantang
dalam masjid, pemimpin
kaum dipilih dari orang
yang fasik, oarng
dimuliakan kerana
ditakuti akan tindakan
jahat dan aniayanya dan
bukan kerana takutkan
Allah, maka kesemua itu
adalah tanda-tanda
kiamata."
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar